[ Terkini ] 4 gambar Majlis Sidang Media Final Piala Malaysia 2013 !

Sebelah pagi tadi di adakan Majlis Sidang Media Final Piala Malaysia 2013 , yang di adakan di Shah Alam Selangor.

Turut hadir di Majlis tersebut adalah Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin , Datuk Afendi Hamzah , Pengurus Bolasepak Kelantan Azman Ibrahim ,Jurulatih Kelantan Boyan Hodak , Jurulatih Pahang Dollah Salleh  , Kapten Bolasepak Kelantan Mohd Badri Radzi , Kapten Bolasepak Pahang Jalaluddin Jaafar serta para jemputan Khas.


Antara intipati sidang media di Shah Alam sebentar tadi :

-FAM tidak akan mnambah jumlah tiket yg telah dijual, maka 75,000 adalah jumlah terakhir dan muktamad.

-Lebih 2000 anggota keselanatan ditempatkan bagi mnjamin kelancaran perlawanan dan ini juga jumlah terbanyak membabitkan aksi final Piala Malaysia.

-Flare, mercun mahupun objek berbahaya lain adalah dilarang sama sekali dibawa masuk. Membakar flare adalah kesalahan mengikut peraturan FIFA, bukannya FAM justeru sesiapa didapati membakar flare..maka kedua-dua pasukan berpotensi beraksi di gelanggang kosong. TOLONG SEBARKAN.

-Sultan Kelantan dan Menteri Besar Kelantan dijangka hadir sebagai vvip dari pihak Kelantan, manakala dari Pahang akan dihadiri oleh Tengku Mahkota, Tengku Muda dan Menteri Besar Pahang.

Dalam pada itu juga pemeriksaan padang Stadium Shah Alam di lakukan oleh Datuk Hamidin sebelah pagi tadi , bersama-sama tetamu yang ada sempena Final Piala Malaysia 2013 ahad ini , sebanyak  75000 tiket telah habis di jual 30 okt lalu.