[Terkini ] 3 Gambar lelaki larikan Pistol dan Kereta Peronda Mitsubishi Lancer milik Polis !

MARAN: Seorang lelaki kurang siuman maut dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan polis yang mengejarnya awal pagi semalam, selepas lelaki terbabit melarikan sepucuk pistol dan sebuah kereta peronda lebuh raya polis di Tol Chenor, dekat sini, selama hampir empat jam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid, berkata lelaki berkenaan, Muhd Nasrulfahmi Abdul Nasir, 22, dari Pekan Awah di sini, disahkan meninggal dunia pada jam 7.58 pagi semalam, di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh, akibat parah di kepala. 
Beliau berkata, kereta peronda yang dilarikan suspek berlanggar dengan kenderaan polis yang mengejarnya sebelum terbabas dan melanggar tiang perhentian bas di Kilometer 107, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, dekat Bukit Lada, Pekan Awah, jam 4.30 pagi. 

“Suspek cedera di kepala akibat pelanggaran berkenaan sebelum dihantar ke HOSHAS untuk rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian,” katanya di sini, semalam.
\
Berzikir di tengah jalan keluar plaza tol

Terdahulu, beliau berkata, polis mendapat maklumat awam mengenai suspek yang tidak siuman di Plaza Tol Chenor sebelum dua anggota polis dari Balai Polis Pekan Awah bergegas ke lokasi jam 12.45 pagi.

“Dua anggota terbabit mendapati suspek sedang berzikir di atas motosikalnya di tengah jalan keluar di plaza tol dan ketika itu juga ada sebuah kereta peronda dinaiki tiga anggota polis Bukit Aman. 
“Anggota polis dari balai Pekan Awah mendekati suspek dan cuba memujuknya tetapi suspek tiba-tiba mengambil kunci besi dalam raga motosikal dan bertindak menyerang anggota terbabit yang kemudian terjatuh.

“Suspek bertindak merampas pistol anggota terbabit sebelum mengacukan senjata itu ke arah tiga anggota kereta peronda dan kemudiannya merampas kereta itu. Ketika melarikan diri dengan kereta peronda terbabit, suspek sempat melepaskan empat das tembakan rambang, namun tidak mengenai anggota polis berkenaan.

“Kira-kira jam 4.30 pagi, suspek dilihat memandu kereta peronda itu secara agresif dan setibanya di Kilometer 107 Jalan Kuala Lumpur - Kuantan, suspek berjaya ditahan selepas berlaku pelanggaran dengan kenderaan polis yang mengejarnya,” katanya.Sumber



2 ulasan

kereta polis pun nak rembat..huhu berani betul dia

salam jumaat ya :)

Reply

banyak tengok cerita amerika ni, terpengaruh he he..

Reply