[ Terkini ] 3 gambar kenangan gadis 13 tahun dan pasangan , mereka kini berpisah !


Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkhawinan mereka , pasangan muda Nor Fazira Saad 13' dan pasangannya Mohd Fahmi Alias 20' disahkan bercerai dengan talak tiga di Mahkamah Syariah Kulim 11 November lalu.

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika di nikahkan dengan pasangannya , Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun , bapa Nor Fazira , Saad Mustafa 43' berkata  beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan sukar di terima serta menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkhawian.

Beliau memberitahu dia tidak tahu mengenai punca sebenar keretakan rumah tangga anaknyaitu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpanya , buat masa ini Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang.

Imbas kembali Majlis pernikahan pasangan tersebut pernah menjadi topik media disebabkan umur Fazira ketika itu 12 tahun, majlis pernikahan mereka dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas khawin RM1500 dengan Wang Hantaran  Rm4,552 pada 17 November 2012 , selepas mendapat kebenaran untuk menikah dibawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Pada Nor Fazira dan bekas suami banyak bersabar mungkin sudah kententuan setakat ini jodoh kalian berdua , mungkin ada hikmah disebalik kejadian dan dapat menjadi panduan untuk belia-belia dan anak remaja diluar sana.




3 ulasan

dah tersurat..budak2 lagi..akal tak panjang

Reply

Dah suratan takdir apa nak buat....

Reply