[ Terkini ] 2 Gambar suspek samun duit amanah ikthiar maut kemalangan !

Satu kejadian samun telah berlaku semalam , pada pukul 12.30 tenghari di tepi jalan Kg Temin , Sungai Siput, Perak. 

Suspek merupakan 3 Lelaki Melayu telah menyamun seorang perempuan Melayu yang baru selesai mengutip duit amanah ikhtiar. 

Mangsa yang sedang memandu kereta proton saga BLM putih telah dihimpit kereta proton Wira yang dipandu suspek menyebabkan kereta mangsa berhenti.

Dua daripada Suspek yang berparang telah menyamun dan melarikan kereta mangsa setelah mangsa berjaya keluar dari kereta miliknya yang dirampas suspek. 
Kereta mangsa yang dilarikan suspek yang dinaiki 2 lelaki tadi kemudian telah bertembung dengan sebuah lori di selekoh kubur Kg Temin, akibat kemalangan itu seorang suspek mati di tempat kejadian . 

Seorang lagi mati di hospital kerana cedera parah manakala rakan suspek yang memandu kereta proton Wira menghilangkan diri.sumber 


2 ulasan

elok sangat..dibayar cash..

Reply

janji Allah itu pasti ... done klik air asia bro

Reply