[ Terkini ] 12 Gambar kemusnahan ngeri akibat Taufan Haiyan !

Filipina di landa bencana lagi , kali ini taufan yang di kenali dengan nama Haiyan melanda negara itu jumaat lalu .

Pihak berkuasa Filipina berhempas pulas untuk menyalurkan bantuan ke kawasan terjejas akibat taufan Haiyan yang mengganas sejak Jumaat lalu.

Sehingga kini, lebih 10 ribu orang menjadi korban di bandar Tacloban sahaja gara-gara Haiyan.




Manakala beratus-ratus lagi menjadi mangsa di bandar-bandar lain di Filipina selain beratus-ratus ribu orang kehilangan tempat tinggal.


Amukan Haiyan di Filipina menyebabkan rumah musnah, sekolah ranap dan lapangan terbang di Tacloban terjejas.






Petugas bantuan masih belum berjaya memasuki beberapa kawasan yang terjejas teruk terutamanya di kampung di mana bekalan elektrik terputus sejak taufan melanda.







Di beberapa kawasan terjejas lain, taufan mengakibatkan tiada bekalan air bersih dan bekalan makanan hampir kehabisan.

Kerajaan menyumbang AS$1 juta kepada Filipina bagi membantu mangsa taufan Haiyan yang melanda beberapa wilayah di negara itu.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, sumbangan itu tidak termasuk jumlah lebih RM1 juta dalam bentuk ubatan dan peralatan yang disumbang Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).