[ Sukan ] Stadium Larkin Stadium pertama di Malaysia guna LED standboard !

Satu demi satu perubahan pada Stadium Larkin , Stadium utama untuk Pasukan Bolasepak Johor Darul Takzin ini ternyata mempunyai keyunikan tersendiri dengan berbagai kelengkapan menarik setaraf stadium-stadium terbaik dunia.

Kali ini pihak pengurusan Stadium memperkenalkan LED standboard yang di pasang di tepi padang , Stadium Larkin adalah Stadium yang pertama di Malaysia memperkenalkan Standbord LED ini , di Europe kebanyakan Stadium utama menggunakan LED standbord .

Jika sebelum ini pihak Stadium Larkin memperkenalkan kerusi tempat duduk pemain di tepi padang yang sangat canggih dan tidak pernah ada mana-mana Stadium di Malaysia yang memiliki kelengkapan seperti ini .

Syabas dan Tahniah untuk Pasukan Bolasepak Johor dan Pihak pengurusan Stadium , 2014 bakal kembali dalam misi Johor untuk memburu kejuaran di musim akan datang bersama-sama pasukan terhebat lain seperti Kelantan , Pahang dan banyak lagi.