[ Sukan ] Keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013 !


Hari ini akan berlangsung Anugerah Bolasepak Kebangsaam 2013 , yang mana Anugerah ini akan mengiktiraf kan pemain dan mereka-mereka yang terlibat dalam bidang bolasepak di Malaysia.

Berjaya kah Mat Yo ?

Edisi keenam anugerah itu tidak terkecuali. Peminat tentu tertanya-tanya apakah penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha akan berjaya mengekalkan anugerah Pemain Bernilai buat kali keempat berturut-turut atau ada pencabar lain terpilih.

Kepada yang dipilih sebagai calon dan semua pemenang, ucapan tahniah saya hulurkan.

Pada masa sama saya mahu menasihati semua pemain menjelang Liga-M Januari depan supaya bersikap profesional dalam menempuh kerjaya.

Sewajarnya isu pemain menandatangani kontrak dengan dua pasukan berbeza tidak lagi timbul. Pemain harus faham mereka terikat dengan perjanjian bertulis.

Adalah menjadi harapan saya agar semua setiausaha persatuan negeri, kelab dan anggota pengurusan tertinggi semua pasukan dalam Liga-M memahami bahawa setiap peraturan harus dipatuhi. Ini muafakat yang diambil dalam seminar.

Namun lazimnya, sepanjang musim akan timbul pelbagai isu membabitkan pasukan, pemain, pengadil, penyokong, stadium dan pihak berkuasa seolah-olah peraturan yang dipersetujui pada awalnya tiba-tiba baru diperkenalkan.

Semoga segala usaha yang sudah diambil dalam Taklimat Liga-M 2014 membuahkan hasil di masa akan datang.






1 ulasan:

Kononnya bolasepak kita diurus secara profesional, tapi mentaliti sebahagian pengurusan dan pemain bolasepak masih belum mencapai tahap profesional, mereka masih amatur...

Reply