[ Sukan ] Datuk Ong Kim Swee di tawar RM224,280 jadi jurulatih Myanmar !

Dikala Skuad Harimau Malaya tercari-cari jurulatih skuad senior itu bagi mengantikan Datuk K.Rajagobal yang dikata kan gagal dalam melatih skuad senior tersebut , setelah Skuad Harimau Malaya gagal melayakan diri secara automatik ke Piala Asia 2015.

Kini jurulatih Skuad Harimau Muda Datuk Ong Kim Swee pula yang menjadi bualan yang mana beliau telah di tawar oleh Persatuan Bola Sepak Myanmar (MFF) untuk melatih Skuad B-23 mereka.

MFF sanggup menawarkan habuan lebih lumayan berbanding pendapatan jurulatih kebangsaan Myanmar, Park Sung-Hwa yang kini menerima gaji bulanan sebanyak AS$70,000 (RM224,280).
Kim Swee yang pernah dikaitkan dengan Singapura, diangkat sebagai salah seorang jurulatih paling berjaya di negara ini termasuk kejayaan memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia.
Begitupun, bagi legenda Pulau Pinang, Datuk Syukor Salleh, FAM sepatutnya bertindak segera dengan berusaha mengekalkan khidmat Kim Swee di tahap yang lebih tinggi.
Jelasnya, jurulatih yang lebih tahu kesinambungan pemain-pemain muda itu seharusnya diberikan peluang untuk mengemudi pasukan kebangsaan negara.
"Jangan lepaskan Kim Swee. Itu nasihat saya. Kita tidak boleh kehilangan jurulatih baik seperti beliau.
"Selalunya, FAM harus berikan keputusan kepada Kim Swee sama ada mereka berminat untuk lanjut atau tidak sebulan sebelum tamat kontrak. Itulah tangunggjawab FAM.
"Bagilah Kim Swee (peluang) melatih skuad kebangsaan. Ini kerana, beliau tahu kesinambungan pemain-pemain muda dan FAM sepatutnya tahu dalam hal ini," katanya.
Tambahnya lagi, sama ada MFF mahu melancarkan perang psikologi terhadap Harimau Muda atau sebalik, FAM harus berusaha untuk mengekalkan khidmat bekas pemain Sarawak tersebut.
"Tak kisahlah mereka (MFF) tipu atau tidak tetapi kita harus lebih serius dalam kes ini. Jika tidak, kita akan rugi kalau kehilangan sentuhan jurulatih tempatan yang terbaik pada masa ini," katanya.sumber