[ Sukan ] Datuk Lee Chong Wei Juara Siri Super Terbuka Hong Kong !

Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan keenam tahun ini melalui Siri Super Terbuka Hong Kong malam ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan selaku pemain nombor satu dunia.
Kemenangan Chong Wei yang menewaskan pemain Indonesia Sony Dwi Kuncoro 21-13, 21-9 dalam masa 34 minit, bakal menjadi tonik terbaik untuk merampas semula gelaran Siri Super Final di sini, bulan depan.
Dia yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk tidak beraksi pada Siri Super Final di Kuala Lumpur bulan depan terpaksa mengenepikan hasrat untuk berehat panjang itu , Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei.