[ Sukan ] Andik Vermansyah sah milik Selangor untuk musim 2014 !

Pemain Bolasepak Indonesia Andik Vermansyah kini sah menjadi milik pasukan Bolasepak Selangor untuk musim 2014.

Pemain yang mewakili kelab Persabaya fc di Indonesia ini memilah untuk menyertai Selangor walaupun mempunyai permintaan dari USA dan Jepun yang memerlukan khidmatnya.
Majlis memperkenalkan Andik dalam dalam pasukan Selangor berlangsung  hari ini , dengan ada nya Andik moga dapat membantu The Red Giants untuk musim 2014,setelah Red giant gagal mendapat penyerang Kebangsaan Safee Sali yang memilih untuk kekal di Johor.

Musim 2014 adalah musim baru dan berubah wajah untuk Pasukan Bolasepak Selangor dengan kehadiran jurulatih baru yang juga bekas pemain Selangor iaitu Mehmet Durakovic.


1 ulasan:

Nampaknya Andik terus jadi nadi utama selangor sekarang , Andik kunci utama Selangor untuk menang piala tahun ni

Reply