[ info ] Steve Darby ganti Bojan Hodak sebagai jurulatih Kelantan musim 2014 !

KUALA LUMPUR - Bekas jurulatih Perak Steve Darby akan mengambil alih tugas Bojan Hodak sebagai ketua jurulatih pasukan Kelantan untuk saingan Liga Super musim depan.
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata Darby telah bersetuju menandatangani kontrak selama dua tahun bersama skuad ’The Red Warriors’ dan akan memulakan tugas pada 15 November ini.
"Terima kasih khusus kepada Bojan atas khidmat beliau dan menghormati hasratnya mahu berubah angin dan saya memahaminya.
"Insya-Allah senarai pasukan 2014 akan diumumkan selepas itu,” kata Annuar menerusi laman Facebooknya, hari ini.
Hodak, yang dilantik sebagai pengendali skuad Kelantan pada Mac 2012, mengesahkan bahawa beliau akan berubah angin pada musim depan namun enggan mendedahkan pasukan yang bakal dikendalikannya.
Darby, 58, kelahiran Liverpool, England, mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejurulatihan di beberapa negara Asia sejak 1979.
Menyentuh mengenai prestasi pasukan Kelantan musim ini, Annuar berkata beliau berpuashati dengan pencapaian yang diraih para pemain walaupun terkilan dengan kegagalan mereka mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia.


1 ulasan:

Selamat menjalani tugas baru..

Reply