[ info ] Pakcik Guard Azman Nayan berlakon dalam drama Cinta Pandang Ke-2 !

Siapa tak kenal dengan Pakcik Azman Nayan , mungkin semua orang kenal beliau , di khabar kan sekarang dah berlakon dalam drama , jika betul sememangnya itu dah rezeki Pakcik Man.

Admin ada melihat sekeping gambar yang di muat naik di laman sosial yang mana Pakcik Man tengah berlakon dalam drama Cinta Pandang Ke-2  dengan pelakon popular iaitu Dazrin Kamaruddin dan Izara Aishah , lokasi di di tempat Pakcik Man berkerja iaitu di Subang Skypark ,tahniah Pakcik Man , walaupun watak kecil namun sungguh bermakna kan .


Berbalik pada drama Cinta Pandang ke 2 Sebuah drama diinspirasikan daripada novel Cinta Pandang Ke-2 terbitan Kumpulan Karangkraf. 

Drama ini diterbitkan oleh Z K Creative Production Sdn. Bhd. untuk tayangan slot Aurora di TV9. Dibintangi oleh Izara Aishah, Dazrin Kamarudin, Maria Farida, Ridzuan Hashim, Norman Hakim, Erynne Erynna, Along Eyzendy, Amira Rosli, Abby Nour, turut memperkenalkan Eiyha Abdullah dan ramai lagi.

Sedikit Sinopsis Cinta Pandang Ke-2 
Di sini ZAIRUL HASMAT, seorang mat despatch mencari cinta dan harga diri yang telah hilang. Dia merantau hingga ke Tokyo untuk mengembalikan harga sebuah kepercayaan yang telah dikhianati. Namun kepulangannya tidak juga berjaya melupakan semua yang telah ditinggalkan.Bayangan kenakalan silam yang merobek hati seorang ayah bersama cinta pertama kepada gadis gemuk yang dilukakan hatinya telah menjadikan dia manusia yang hidup dalam bayang-bayang silam. 

Mesti best drama ni kan , jangan lupa tengok apa bila di tayangkan nanti . Sumber


2 ulasan

langkah permulaan yg baik. harap ada perubhan positif dlm kehidupan org yg terinya.. kalau itu rezeki namanya mudahan tak akan menjadikannya seorang yg sombong suatu ketika nanti.

Reply