[ info ] Norfarhan ke JDTFC ‘terpaksa’ tinggalkan TRW !

HASRAT pemain sayap Kelantan, Mohd Norfarhan Muhammad untuk membantu The Red Warriors (TRW) merampas Piala Malaysia musim depan berkecai selepas pemain berkenaan ‘terpaksa’ berhijrah ke Darul Takzim bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2014.

Norfarhan atau lebih dikenali sebagai ‘Ben 10′ itu mengesahkan akan berhijrah untuk bersama skuad Harimau Selatan selepas penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyenaraikan nama lapan pemain TRW yang bakal berpindah (termasuk Farhan) musim depan.

Norfarhan berkata, selepas perlawanan akhir Piala Malaysia 3 November lalu, beliau ada berjumpa Annuar untuk mengadakan perbincangan bagi menyatakan hasratnya untuk kekal bersama TRW.

Katanya, pada awalnya Annuar bersetuju apa yang sudah dibincangkan, namun terkilan apabila bapa pembangunan bola sepak negeri Kelantan itu menarik balik apa yang dipersetujui kerana terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan.

“Saya akui pernah berunding dengan Darul Takzim, namun pada masa yang sama saya masih mempunyai hasrat tinggi untuk bersama TRW kerana mahu menebus kekecewaan gagal mempertahankan Piala Malaysia.

“Saya ada menyatakan hasrat kepada Tan Sri (Annuar) untuk kekal bersama TRW bersama permintaan tertentu selepas perlawanan akhir Piala Malaysia tempoh hari. Namun mungkin kerana ada sebab yang tidak boleh dielakkan, KAFA membuat keputusan untuk membenarkan saya berpindah dan saya terpaksa ke Darul Takzim.

“Saya terkejut apabila Tan Sri (Annuar) menyenaraikan nama pemain yang akan berpindah termasuk nama saya dalam Facebooknya, meskipun pada waktu itu saya belum membuat keputusan. Tiada apa yang dapat saya lakukan sekarang selain fokus dengan Darul Takzim bermula musim depan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Norfarhan antara pemain paling menyerlah ketika bersama TRW, malah sudah menjulang kesemua piala dalam saingan Liga-M sepanjang bersama gergasi Pantai timur itu.

Katanya, dia mungkin bersama Darul Takzim dalam tempoh satu hingga dua tahun, malah tidak menafikan mahu kembali bersama TRW sekiranya masih diberi peluang.

“Banyak kenangan saya bersama TRW, malah saya dapat menjulang semua trofi ketika bersama pasukan ini. Jika ada peluang saya mahu kembali semula bersama TRW.  Terima kasih kepada semua penyokong TRW atas sokongan yang diberikan. Saya amat menghargainya,” katanya.Sumber



3 ulasan

Apa pun salam kejayaan selalu.

Reply

Assalam
Cuma, tanpa kelibat Piya.

Reply

good sharing hehe

p/s klik tabung kat sini :)

Reply