[ Info Hiburan ] Jep tepati ramalan, menang RM100,000 & Nissan Sylphy Juara Super Spontan 2013 !

Selepas memberikan persaingan sengit di Pentas Akhir Super Spontan 2013 pada Jumaat, Jep daripada kumpulan Semut Sentap menepati ramalan apabila muncul sebagai Juara.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin membawa pulang RM100,000, sebuah kereta Nissan Sylphy dan sebuah trofi Super Spontan 2013.

Tempat kedua menjadi milik Johan yang telah meraih wang tunai sebanyak RM50,000 dan tempat ketiga pula kepunyaan Nabil yang memperolehi wang tunai sebanyak RM25,000. Johan dan Nabil masing-masing turut membawa pulang sebuah trofi Super Spontan 2013.

Sementara itu tempat keempat diduduki Yus, tempat kelima pula Rahim dan Tempat keenam pula ialah Tauke dan masing-masing mendapat RM5,000.

Pentas Akhir Super Spontan 2013 telah berlangsung di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), Kedah.Sumber


1 ulasan:

Wauuu..hadiah yang sangat lumayan. Nasib baik kita tak masuk kan, kalau tidak pasti kita yg rembat semua hadiah2 tu kan??

Reply