[ info ] Bekalan ubat murah dorong kegiatan "Mak Nyah" bikin penampilan !


GEORGE TOWN: Bekalan ubat murah serta mudah diperoleh antara faktor mendorong golongan 'mak nyah' atau pondan ghairah bereksperimen demi mengubah penampilan mereka setanding wanita sejati.

Bekas mak nyah, Mohd Khariri Ramli, 36, atau lebih mesra dipanggil Erin berkata pil hormon seperti Marvelon dan Mercilon yang digunakan golongan itu untuk membesarkan payudara hanya berharga sekitar RM9 hingga RM10, serta mudah dibeli di kebanyakan farmasi di negara ini.

"Selain pil hormon, suntikan kolagen, implan, hormon, vitamin C dan B boleh didapati dengan harga serendah RM20 dan lebih cepat kesannya... kalau kita pelanggan tetap boleh pula dapat harga istimewa," katanya ketika ditemui pemberita selepas forum 'Dulu Mak Nyah Kini Berubah' di kampus Universiti Sains Malaysia, di sini pada Khamis.

Beliau menyarankan pengeluaran produk sedemikian dikawal, selain penjualannya dihadkan kepada golongan tertentu sahaja bagi mengelakkan bahan itu disalah guna untuk kegiatan tidak bermoral.

Mohd Khariri yang bergelumang dalam dunia mak nyah selama 17 tahun mengaku pernah mengambil pelbagai suntikan serta ubat-ubatan dan tidak lokek membelanjakan ratusan ribu ringgit bagi membiayai beberapa pembedahan pada wajah dan tubuhnya untuk kelihatan cantik.

Guru sebuah sekolah di Klang, Selangor itu, akhirnya bertekad kembali ke pangkal jalan selepas jauh menyimpang dalam kehidupan songsang yang penuh kepura-puraan dan keseronokan palsu.

Mengimbas perjalanan hitam dalam hidupnya, Mohd Khariri berkata beliau menjalani rutin sebagai guru lelaki pada sebelah siang dan bertukar watak menjadi seorang wanita pada sebelah malamnya.

Bagaimanapun, selepas menempuh pengalaman pahit 'bercinta' dengan beberapa lelaki, beliau tekad untuk menjalani hidup normal.

"Saya pernah terkena ilmu hitam, dibelasah teman lelaki dan duit gaji saya setiap bulan habis dikaut oleh lelaki yang hanya tahu mengambil kesempatan dan tidak ikhlas menyayangi saya," katanya.

Beliau juga mengambil keputusan membuang kolagen dan implan yang disuntik ke dalam tubuhnya ekoran kesihatannya sering terganggu akibat ketidakseimbangan hormon selain kerap mengalami kekejangan otot.

"Azabnya hanya Tuhan saja yang tahu, semasa pembedahan itu saya dapat rasa doktor toreh kulit dan koyak bahagian dagu hingga menampakkan tulang sebelum kikis kolagen yang sudah menjadi lemak. Saya ibaratkan itulah hukuman yang perlu diterima kerana cuba mengubah ciptaan-Nya," katanya.

Beliau kini aktif menyampaikan mesej kesedaran kepada pelajar sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi mengenai bahaya transgender dan giat membantu golongan itu kembali ke pangkal jalan.sumber




3 ulasan

semoga dia berjumpa teman yg dapat memimpinnya ke jalan Allah ...

Reply

awwmmm....penyakit pun macam2 nanti

Reply