[ Info ] Bahrain vs Malaysia Kelayakan Piala Asia 2015 esok !


Pada 15 November, Malaysia akan bertandang ke Manama untuk menentang Bahrain sekali lagi, sebelum bertemu Qatar, 19 November 2013 di Stadium Shah Alam dan menentang Yemen pada 5 Mac tahun depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Makhota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah mengingatkan pasukan Harimau Malaya bersiap untuk perlawanan ulangan dengan Bahrain pada 15 November nanti.

Tengku Abdullah bertitah bahawa keputusan 1-1 dengan Bahrain dalam perlawanan kelayakkan Piala Asia di Stadium Shah Alam Selasa (15 Oct) belum memadai.
Dalam perlawanan tersebut, Bahrain mendahului diminit terakhir babak pertama melalui Abdulla Ahmed Saleh manakala gol penyamaan Malaysia dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha 20 minit sebelum permainan tamat.
“Bukannya tidak gembira,. Saya  mahu mengingatkan pemain-pemain kebangsaan bahawa kita bakal menempuh ujian sukar kerana perlu beraksi dua kali di tempat lawan daripada baki tiga perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2015,” titah baginda.
Tengku Abdullah sempat berpesan kepada pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal agar mengasah lagi jentera serangan pada perlawanan akan datang.


2 ulasan

semoga beroleh kejayaan ...

Reply