[ info ] Anugerah Bolasepak Kebangsaan sepatutnya berlangsung 23hb telah ditunda ke 30 Nov !

Anugerah Bolasepak Kebangsaan yang sepatutnya berlangsung pada 23hb telah ditunda ke 30 Nov depan,berdasarkan maklumat dari  laman web rasmi FAM.

Punca tarikh ini di tunda tidak dapat dipastikan lokasi majlis masih ditempat yang sama iaitu di Hotel Grand Blue Wave , Shah Alam.

Juara Piala Malaysia 2013 Pahang dan Naib Juara Kelantan mempunyai paling ramai pemain yang di calonkan dalam Anugerah tersebut.


Kelantan dan Pahang memiliki calon paling ramai iaitu 7 pemain. Pemain Kelantan yang tersenarai adalah Khairul Fahmi (PG), Azizi Matt Rose (Pertahanan), Piya (Tengah), Norfarhan (Penyerang), Nik Shahrul (Pemain Harapan) dan Dickson Nwakaeme, Obinna Nwaneri (Import terbaik). 


Berikut adalah senarai calon-calon untuk Anugerah tersebut.


Senarai Anugerah

1. Penjaga Gol Terbaik/Best Goalkeeper

2. Pertahanan Terbaik/Best Defender
3. Pemain Tengah Terbaik/Best Midfielder
4. Penyerang Terbaik/Best Striker
5. Pemain Asing Terbaik/Best Foreign Player
6. Jurulatih Terbaik/Best Coach
7. Pemain Harapan/Most Promising Player
8. Anugerah Pemain Paling Bernilai/Most Valuable Player (MVP)
9. Persatuan Bolasepak Terbail/Best Football Assocation
10. Kelab Terbaik/Best Club
11. Kelab Peminat Terbaik/Best Fan Club
12. Pengadil Terbaik/Best Referee
13. Penolong Pengadil Terbaik/Best Assistant Referee

Senarai calun
Penjaga Gol Terbaik
1. Izwan Mahbub - Lions XII FC
2. Norazlan Ismail - Selangor
3. Khairul Fahmi Che Mat - Kelantan
4. Mohd Khairul Azhan Khalid - Pahang
5. Mohd Faizal Harun - ATM
6. Mohd Farizal Marlias - Perak

Pertahanan Terbaik
1. Baihakki Khaizan - Lions XII FC
2. Mahalli Jasuli - Selangor
3. Azizi Mat Rose - Kelantan
4. Razman Roslan - Pahang
5. Jalaluddin Jaafar - Pahang
6. Amiridzwan Taj Tajudin - ATM

Pemain Tengah Terbaik
1. Nurul Azwan Roya - Johor Darul Takzim FC
2. Mohd Badhri Radzi - Kelantan
3. R.Gopinathan - Pahang
4. Amirul Hadi Zainal - Pahang
5. Christie Jayaseelan - ATM
6. Joseph Kallang Tie - Sarawak

Penyerang Terbaik
1. Shahril Ishak - Lions XII FC
2. Mohd Amri Yahyah - Selangor
3. Norshahrul Idlan Talaha - Johor Darul Takzim FC
4. Mohd Norfarhan Mohd - Kelantan
5. Mohd Azamuddin Akil - Pahang
6. Hairuddin Omar - ATM

Pemain Harapan Terbaik
1. Nik Shahrul Abdul Halim - Kelantan
2. S.Sivanesan - Negeri Sembilan
3. Junior Edstal - Sarawak
4. Mohd Nasir Basharudin - Perak
6. Nazmi Faiz Mansor - Selangor PKNS FC
6. K.Reuben - ATM

Ketua Juruatih Terbaik
1. V.Sundramoorthy - Lions XII FC
2. Bojan Hodak - Kelantan
3. Dollah Salleh - Pahang
4. B.Sathianathan - ATM
5. Robert Alberts - Sarawak
6. Ismail Zakaria - KL Sime Darby FC

Pemain Asing Terbaik
1. Obinna Nwaneri - Kelantan
2. Dickson Nwakaene - Kelantan
3. Mathia Ruben Conti - Pahang
4. Marlon Alex James - ATM
5. Patrick Ronaldinho Wleh - Selangor PKNS FC
6. Karlo Primorac - KL Sime Darby FC


Sama-sama  kita tunggu hari dan keputusan Anugerah tersebut pada 30 November nanti , siapa yang terbaik diantara yang terbaik.


1 ulasan:

mungkin masalah venue lah tu...

Reply