[ Gambar ] Peminat Trw dalam perjalanan ke Shah Alam , kemalangan !

Sebuah kereta peminat Bolasepak Kelantan mengalami kemalangan dalam perjalanan menuju ke Stadium Shah Alam tengahari tadi , kemalangan tersebut di jalan Gua Musang ke Kuala Lipis berhampiran Merapoh.

Kereta Produa Myvi tersebut remuk di hadapan akibat dari kemalangan tersebut , di khabar kan pemandu nya mengalami kecederaan dan di hantar ke Hospital berdekatan untuk menerima rawatan .

Hari ini dan esok di jangka lebih 35 ribu peminat bolasepak Kelantan akan ke Lembah Klang , bagi menyaksikan Final Piala Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam malam esok .

Kepada semua peminat Bolasepak Kelantan dan Pahang berhati -hati semasa memandu supaya selamat sampai ke distinasi untuk menyaksikan perlawanan tersebut ,75000 Peminat Kelantan dan Pahang akan memenuhi Stadium Shah Alam malam esok . 


4 ulasan

Kpd mereka dlm perjalanan utk tengok bola, berhati2 memandu kerana malang memang tak berbau....

Reply

nasihat kepada penyokong yg memandu jauh . tidur mesti cukup atau klu rasa mengantuk , tukar driver ...

Reply

Dalam ghairah nak menyokong tu, kena ingat keselamatan diri...harap2 tak terjadi suatu yang buruk pada mereka, amin.

Reply