[ Gambar ] Pemilik Taska Terlibat Dengan Video Penderaan Bayi Didakwa di Mahkamah !

Seorang pemilik Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Taman Melati, didakwa di Mahkamah Majistret Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun, bulan lalu.
Tertuduh, Rozita Awang, 35, didakwa mendera dan menyebabkan kecederaan fizikal serta menyebabkan trauma secara emosi terhadap mangsa.
Suspek bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik tuduhan dibacakan di depan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin, pada Selasa.
Mahkamah kemudian menetapkan 10 Disember ini untuk sebutan kes.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di ruang tamu Taska Permata Harapan, Taman Melati pada pukul 11.35 pagi pada 10 Oktober lalu.
Rozita yang juga ibu kepada enam anak, dilihat beberapa kali menoleh ke arah anak-anaknya yang hadir dalam bilik perbicaraan.
Hakim membenarkan Rozita diikat jamin dengan mengambil kira kepentingan anak-anak tertuduh.
Sebelum ini, Rozita merupakan tiga individu yang disiasat kerana didakwa terlibat dalam rakaman video penderaan seorang kanak-kanak yang direkodkan oleh kamera kecil tersembunyi yang dipasang oleh ayah mangsa pada beg sekolah anaknya.
Video berkenaan kemudiannya tersebar di Internet.
Rakaman video tersebut memaparkan aksi seorang pekerja taska menampar dan memukul seorang kanak-kanak.
Ibu bapa kanak-kanak berkenaan kemudiannya membuat laporan polis dan membuat pendedahan mengenai rakaman video berkenaan di sebuah stesen televisyen tempatan.
Beliau boleh di dakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.Sumber


3 ulasan

kenapa harus berlaku demikian?

Reply

Seperti kata perumpamaan Melayu cuma kerana nila setitik, rosak susu sebelanga....

Reply

tak pasal - pasal rm melayang ...

Reply