[ Gambar ] Karikatur Dato Ct vs Neelofa edisi Final Piala Malaysia 2013 !

Kehangatan Final Piala Malaysia 2013 semakin terasa , kurang 24 jam lagi Final itu akan berlangsung , berbagai banner , serta kata-kata semangat telah di sediakan oleh kedua-dua pasukan sempena Final esok.

Admin tertarik dengan satu Karikatur yang di lukis sempena Final Piala Malaysia esok , iaitu Karikatur Dato Siti Nurhaliza penyanyi popular kelahiran Kuala Lipis Pahang dan juga Karikatur Neelofa , pelakon dan pengacara popular kelahiran Pasir Mas Kelantan.

Kedua-dua selibriti popular ini di ambil oleh peminat bolasepak Pahang dan Kelantan menjadi ikon negeri masing-masing untuk Final Piala Malaysia edisi 2013.

Cuma yang menariknya mereka-mereka ini tidak menggunakan gambar original sebaliknya mereka menggunakan lukisan Karikatur untuk kempen Final Piala Malaysia kali ini .

Selamat berjaya untuk kedua-dua pasukan , Admin pun dah terasa juga kehangatan bahang Final Piala Malaysia esok , sama-sama kita tunggu keputusan pasukan manakah akan menjadi JUARA PIALA MALAYSIA 2013 .


1 ulasan:

tak sabar nak tunggu perlawanan bola malam ni.. walaupun bkan org klatan tapi tetap sokong team red worrid

Reply