[ Dunia ] Jongkong emas ditemui dalam tandas pesawat Jet Airways !


KOLKATA : Tukang cuci di sebuah pesawat komersial di India menemui 24 jongkong emas bernilai lebih AS$1 juta (RM3.18 juta) tersembunyi di sebuah ruang tandas, kata pihak berkuasa semalam.

India yang juga pesaing China sebagai pengguna emas terbesar dunia menyaksikan kejadian penyeludupan berikutan duti import meningkat tiga kali ganda tahun ini untuk mengurangkan permintaan terhadap logam berharga itu.

Pesawat milik Jet Airways dibersihkan ketika di lapangan terbang Kolkata kelmarin selepas perjalanan dari Patna. Ia sebelum ini digunakan untuk perjalanan antarabangsa. 

Kakitangan pembersih lapangan terbang menjalankan tugas harian mereka dan menemui dua beg di dalam tandas pesawat, kata pengarah lapangan terbang, BP Mishra. 


Jongkong emas seberat satu kilogram itu belum dituntut sesiapa. Belum ada tangkapan dibuat dan pegawai kastam menganggarkan ia bernilai 70 juta rupee. - AGENSI