Zulfahmi bermula di petak ke 14 Moto GP Malaysia 2013 di Sepang esok !


Pelumba Red Bull KTM Ajo Zulfahmi Khairuddin akan memulakan Moto GP Malaysia ,Sepang yang akan berlangsung esok di petak ke 14 selepas tamat ujian masa hari ini , Zulfahmi bertanding untuk ketegori Moto3.

Anak kelahiran Banting Selangor ini satu-satunya pelumba kelahiran Malaysia  yang sedang bertanding di arena Moto Gp Dunia ketogeri Moto3.

Zulfahmi bergelut dengan kecederan pergelangan tangan nya akibat kemalangan yang lalu , namun Zulfahmi di benarkan untuk menyertai perlumbaan di tanahair sendiri .

Petak utama di ungguli oleh rakan sepasukan Zulfahmi , Luis Salom dengan mencatat masa terpantas dengan  13.867saat di GP Malaysia Sepang 2013 yang sedang berlangsung dari 10-13 Okt 2013.