Zul Yahya @ Ahmad Abd Jalil di denda RM20,000 meghina Sultan Johor di facebook !

Seorang juruukur bahan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini Isnin selepas didapati bersalah menulis komen menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menerusi laman sosial Facebook Oktober tahun lepas.
Hakim Muhammad Jamil Hussin turut memerintahkan tertuduh, Ahmad Abd Jalil, 28, yang berasal dari Klang, Selangor, dipenjara enam bulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.
Dia didakwa membuat komen yang jelik dengan niat menyakiti institusi Kesultanan Johor dan rakyat menggunakan aplikasi Facebook melalui akaun yang bernama Zul Yahya .
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.