Wajib menang lakukan yang terbaik anggap Shah Alam " This is Kota Bharu " - TSAM


Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa berkata untuk mara ke Final Piala Malaysia , The Red Warriors tidak seharus nya menanti kemenagan di Kota Bharu pada 25 okt nanti , namun The Red Warriors harus melakarkan kemenangan di pusingan pertama Separuh Akhir Piala Malaysia 18 okt nanti yang akan berlangsung di Shah Alam . 

Beliau berkata para peminat dan penyokong The Red Warriors harus sama-sama membantu pasukan dalam memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada para pemain dengan mengibarkan bendera pasukan walaupun kita beraksi ditempat lawan.

Anggaplah Shah Alam adalah Stadium Kelantan seperti mana di Kota Bharu "This Is Kota Bharu"  misi The Red Warriors adalah melakarkan kemenanagan disini bagi membawa bekal ke Kota Bharu 25 Okt nanti .

" Utk Mara ke Bkt Jalil Trw tidak harus menanti kemenangan DI KB tetapi WAJIB MELAKUKANNYA TERLEBIH AWAL DI SHAH ALAM 18HB INI..ANGGAPKAN SHAH ALAM "HOME"KB "HOME"!!!!!!!..SHAH ALAM ADALAH KOTA BHARU 18HB NI!!!!!bawa dan kibarkan BENDERA PASUKAN KITA!!! " -TSAM (facebook )

Tan Sri memberi makluman ini melaluai facebook nya , beliau kini sudah semakin sihat dan sedang berehat dirumah selepas terlantar 10 hari di CCU Kuala Lumpur akibat Demam Denggi , beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya .


1 ulasan:

semoga segala2nya berjalan lancar.

Reply