Tiga beranak maut pulang dari beraya , Alza bertembung lori tangki di Lebuhraya Karak !

Tiga beranak maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Produa Alza yang dinaiki terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tangki minyak masak di Kilometer 49 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak menghala ke Bentong, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, mangsa Jiman Raup, 32, dan isterinya Nik Zaieyahaliza Ya, 29, bersama anak perempuan Nurul Damia Jiman, 2, dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur selepas bercuti sempena Aidiladha di kampung halaman di Kuala Terengganu.
Ketiga-tiga mangsa yang menaiki kereta Perodua Alza itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala pemandu lori tangki dikenali Abd Rahman, 38, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohd Mansor Mohd Nor berkata, mangsa lelaki berasal dari Labuan, Sabah dan isterinya dari Terengganu adalah anggota tentera yang bertugas di Markas Tentera Kuala Lumpur.

Al-fatihah salam Takziah kepada keluarga mangsa , kepada semua pengguna jalan raya yang kini bergegas pulang ketempat kerja masing-masing akibat cuti Hari Raya Aidiladha yang terlalu singkat diharap-harap berhati-hati dijalan raya semoga sampai distinasi dengan selamat.