Tiada tindakan akan diambil keatas Nunez - pengurusan Kelantan Fa !


Pihak pengurusan persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA ) tidak akan membuat laporan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) mengenai penyerang Bolasepak Johor Darul Takzim Leonel Nunez yang menunjukan isyarat lucah pada penonton Kelantan di Suku Akhir kedua Piala Malaysia sabtu lalu .



Pihak KAFA berkata tidak perlu tindakan terhadap Nunez kerana pemain itu tidak lagi bersama Johor Darul Takzim untuk musim hadapan  dan perlawanan sabtu lalu adalah aksi terakhir Nunez dalam liga bolasepak Malaysia 2013.