Terlebih guna ubat kuat, boleh bawa maut !


PENGAMBILAN ubat kuat untuk mengatasi masalah lemah syahwat dianggap tindakan sangat berbahaya sekiranya tidak mendapatkan nasihat pakar dalam bidang berkenaan.


Pakar Sakit Tuan, Dr Mohd Ismail Mohd Tambi yang sudi berkongsi pengalamannya merawat pesakit lemah tenaga batin terutamanya lelaki berkata, pesakit perlu merujuk pakar terlebih dahulu dan bukannya membeli ubat kuat di merata tempat yang dipercayai boleh mengakibatkan maut.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak berasa malu sekiranya mengalami masalah tersebut sebaliknya perlu sedar ia adalah penyakit yang perlu dirawat.