[ Terkini ] Tauke emas cedera ditembak lelaki bermotosikal !

KOTA BHARU : Seorang peniaga emas yang sedang memandu kereta Mercedes Benz dalam perjalanan pulang ke rumahnya di di Kampung Sering di sini, malam tadi nyaris terbunuh selepas ditembak seorang pembonceng motosikal.
Dalam kejadian kira-kira 100 meter dari kediamannya, Lokman Zakaria, 49, cedera di belakang bahu kanan dan lengan kiri selepas terkena dua daripada empat das tembakan dilepaskan lelaki itu, kira-kira 7.40 malam.
Lokman yang cedera ditembak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC berwarna gelap itu, gagal mengawal kenderaannya menyebabkan kereta Mercedes Benz terbabas dan melanggar pokok.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian oleh penduduk kampung untuk rawatan kecederaannya,menurutnya, mangsa dilaporkan stabil selepas diberikan rawatan.

Beliau berkata, motif kejadian masih disiasat dan kes  mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.-Sumber 


3 ulasan

bahaya bahaya..
dah main tembak-temabk dah skarang.
dulu main parang jer.

Reply

kes tembak lagi..hmm :(

Reply

kes makin menjadi2 dah malaysia nie.. p mana pun dh x selamat

Reply