[ Terkini ] PM - " Saya pun mula belajar minum teh tanpa gula sekarang " !

Senada dengan pengumumannya semalam bahawa kerajaan memansuhkan subsidi gula demi kesihatan rakyat, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata,beliau juga sudah mula mengurangkan pengambilan bahan itu dalam minumannya.

"Saya pun telah mula belajar minum teh tanpa gula sekarang," katanya sambil tersenyum.

Semalam Perdana Menteri mengumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuat kuasa hari ini.
 
Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.
 
"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.          
 
Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.
 
"Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya.


Harga runcit gula sebelum ini ialah RM2.50 sekilogram naik kepada RM2.84 selepas subsidi dimansuhkan bermula hari ini.



1 ulasan:

Yang kan ini teh susu. Sepatutnya PM minum teh kosong tanpa gula sebagai taladan baru betul. He he he..

Reply