[ Terkini ] Lelaki penghantar rokok megamuk , dua terbunuh dua cedera !

Polis menangkat mangsa ke dua Pelajar kolej yang di bunuh suspek .
Lagi kes bunuh berlaku selepas remaja 15 tahun di bunuh kejam di ikuti pegawai bank juga di bunuh kejam, kini orang awam pula menjadi mangsa.


Suspek yang berjaya di tangkap 
Insiden yang berlaku pada pukul 11.20 pagi itu bermula apabila suspek yang berusia 26 tahun itu menghantar rokok di beberapa buah kedai di Stesen Terminal LRT Gombak tiba-tiba mengamuk menyebabkan dua wanita berusia 60 dan 40 tahun pemilik kedai tersebut cedera di tikam suspek .
Mangsa yang Pertama 
Selepas kejadian itu suspek memandu van rokok tersebut melarikan diri ke stesen LRT Taman Melati lalu terlanggar sebuah van yang membawa air mineral , suspek tiba - tiba keluar van nya terus meluru pada pemandu van tersebut dan menikam mangsa sebayak tiga tikaman , mangsa maut di tempat kejadian.

Selepas kejadian itu suspek terus larikan diri ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi dia menikam pemandu van tadi , sekali lagi van mangsa melanggar sebuah kereta Toyata Prius milik seorang pelajar kolej , pelajar itu juga di tikam suspek menyebabkan pelajar tersebut juga maut di tempat kejadian .


Orang ramai yang menyedari kejadian tersebut berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan mereka berjaya merampas pisau rambo yang di miliki suspek , suspek di percayai mengalami tekanan jiwa kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa .