[ Terkini ] Kes tembak dan rompak , suspek masih dalam Negara !

Gambar suspek melalui CCTV
Polis percaya suspek yang menembak mati seorang pegawai operasi AmBank di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya dekat sini Rabu lalu masih berada dalam negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, pihaknya juga yakin pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan dapat menyelesaikan perkara itu dengan segera.
Gambar suspek yang di siarkan di akhbar tempatan 
"Kita percaya suspek masih berada dalam negara, namun saya tidak akan mendedahkan tempat dia berada bagi mengelakkan ada pihak cuba memperdayakan kita," katanya dalam sidang akhbar hari ini.