[ Terkini ] Kelantan ke Final Piala Malaysia 2013 !

"This is Kota Bharu " The Red Warriors berjaya membuktikan Stadium keramat SSMIV sekali lagi tidak mengecewakan mereka Kelantan sekali lagi  melangkah bergaya ke Final Piala Malaysia 2013 dengan menewaskan ATM dengan Agriget 4-3 walaupun perlawanan separuh akhir kedua terikat 2-2 sama di Kota Bharu .

Dalam perlawanan sebentar tadi ATM terlebih dahulu menjaringkan gol melaluai penyerang berbisa mereka Marlon Alex James pada minit ke 19 disusuli gol ke dua juga oleh Marlon Alex James di minit ke 34 . Ageriget ketika itu Kelantan ketinggalan 3-2 pada ATM .

Masuk separuh masa kedua Kelantan terus mengasak untuk mendapat gol pertama , akhir nya pemain gantian Ahmad Fakri Shahrani berjaya mendapat kan gol penting Kelantan pada minit ke 81 mengikat Ageriget  3-3 .

Asakan demi asakan akhir nya selang 3 minit dari gol Ahmad Fakri , Kapten Marvel Kelantan Mohd Badri Radzi "PIYA " berjaya menjaringkan gol kemenagan Kelantan pada minit ke 84 .

Tamat 90 minit masa permainan , Kelantan mara ke Final untuk bertemu sama ada Pahang atau Sarawak yang akan beraksi esok , Tahniah The Red Warriors .