[ Terkini ] Jenazah Allahyarhamah Norazita selamat di semadikan !

Irwan dan anak-anak menyiram air mawar di pusara arwah , Al-Fatihah  
Jenazah Pegawai Bank Allahyarhamah Norazita selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan KampungAyer Hitam Labu di Kampar Perak pada pukul 7.30 malam tadi , suasana pilu dapat di rasai  oleh ahli keluarga , saudara mara serta orang ramai bagi memberi penghormatan terakhir .
Jenazah dibawa pulang ke rumah keluarganya kira-kira pukul 6.55 petang dari Hospital Serdang, Selangor sebelum dikebumikan bagi memberi peluang anggota keluarga, rakan-rakan dan penduduk kampung menziarahi jenazah.
Orang ramai dan saudara mara turut memberi penghormatan terakhir kepada arwah 
Bapa Allahyarham, Abu Talib Mohd Isa, 75, yang ditemui di rumahnya berkata, beliau dan keluarga reda dengan pemergian anak keduanya itu, "Kali terakhir kami jumpanya pada hari raya korban lepas. Dia juga sempat jumpa adik beradik dan saudara mara," katanya yang mempunyai lima anak.
Ditanya mengenai dua anak Norazita, Abu Talib berkata isterinya Norsham Abdul Kader, 63, akan berada di rumah anaknya di Kuala Lumpur untuk menjaga cucu mereka sehingga hujung tahun ini,mengenai tindakan yang akan diambil berhubung pembunuhan anaknya itu, Abu Talib menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.
Semoga roh Allahyarhamah tenang di sana dan di tempatkan bersama-sama orang-orang yang di redai Alla Amin, Al-fatihah dan salam takziah kepada suami dan anak-anak semoga tabah menempuhi ujian ini .