[ Terkini ] Jamal Abdillah , Rossa bakal bergelar Datuk !

Penyanyi tersohor negara, Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali dan penyanyi Indonesia Rossa atau Sri Rossa Roslaini Handiyani menerima DIMP yang membawa gelaran Datuksempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke-83, esok.

Ia sekaligus mengiktiraf segala sumbangan Jamal Abdillah dalam industri hiburan tempatan. Beliau yang mula menceburi bidang nyanyian pada tahun 1973 juga merupakan seorang pelakon dan pernah berlakon dalam beberapa buah filem tempatan seperti Azura dan Ghazal Untuk Rabiah.

Manakala Rossa pula mula bergiat dalam bidang nyanyian seawal tahun 1988 dan popular dengan lagu seperti Ayat-Ayat Cinta dan Atas Nama Cinta , tahniah untuk mereka berdua, semoga terus berjaya dalam industri yang mereka ceburi .



2 ulasan

tahniah diucapkan kepada mereka atas penganugerahan yang bakal diterima itu... tapi macam janggal sikit panggil Dato' Rossa...he he he...

Reply

www.sukandaily.com.my - Portal Sukan Ragbi Malaysia | Berita | Kalendar Acara Ragbi | Foto Kejohanan | Video

Reply