[ Terkini ] Gambar Pengawal Keselamatan yang tembak dan bunuh Pegawai Bank didedah !

Polis sekarang sedang mengesan seorang lelaki berusia 36 tahun yang di Kenali dengan Ardi bin Hamza yang beralamat terakhir dari Tawau Sabah yang berkeja sebagai pengawal keselamatan bank tersebut semasa kejadian bagi membantu siasatan .

Berikutan kes pembunuhan kejam serta melakukan rompakan menyebabkan seorang pegawai bank wanita terbunuh , dalam kejadian malam tadi Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang mahu merompak wang di dalam bilik kebal bank terbabit.

Kejadian berlaku di cawangan bank berkenaan di USJ 2 Sentral, Subang Jaya,menurut sumber polis, mangsa seorang wanita berusia 37 tahun di kenali sebagai Norazita , difahamkan bersama suspek serta empat lagi pegawai bank  berada di dalam bilik kebal dipercayai mahu menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang.

Suspek bersenjatakan 'pump gun' itu telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa.

Suspek dikatakan berasal dari Sabah itu melarikan diri menggunakan motosikalnya dengan sejumlah wang yang di rompak dan polis sedang menjalankan operasi mencarinya termasuk mengesan di alamat kediaman pengawal keselamatan itu berdasarkan rekod kerjanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Tan Ah Chuan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Hingga jam 9 malam ini, polis masih belum berhasil memberkas pengawal keselamatan terbabit dan gerakan mengesan suspek diteruskan.

Semoga pembunuh dan perompak tersebut dapat di tangkap secepat mungkin , Al-fatihah salam takziah untuk keluarga mangsa .



2 ulasan

www.sukandaily.com.my - Portal Sukan Ragbi Malaysia | Berita | Kalendar Acara Ragbi | Foto Kejohanan | Video

Reply