[ Terkini ] Fizo Omar dan Mawar Nikah 10 November ini !

Fizo Omar dan Mawar umum tarikh pernikahan mereka , teka-teki mengenai tarikh pernikahan pelakon Fizo Omar dengan anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim terjawab apabila pasangan itu mengesahkan untuk melangsungkannya pada 10 November depan , hal ini di sah kan oleh Fizo dalam sidang media hari ini.
Pelakon dan pengacara ini yang lebih di kenali dengan Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, berkata, majlis akad nikah akan diadakan pada tarikh berkenaan di rumah keluarga perempuan iaitu di Country Heights, Kajang dekat sini.
“Majlis nikah akan diadakan pada pukul 9 pagi dan akan disiarkan secara langsung menerusi slot Nasi lemak Kopi O di TV9. Majlis bertunang pula akan diadakan sehari sebelum majlis nikah iaitu pada 9 November,” ujarnya yang juga pengacara rancangan Nasi Lemak Kopi O itu.
Terdahulu Fizo melakukan gimik yang sangat romatis dengan melamar Mawar, 24, di panggung wayang Cathay E-curve, Damansara di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi sambil disaksikan oleh pihak media yang di jemput untuk sidang media itu ,nak lihat gambar saat romatis itu klik sini Tahniah Fizo semoga majlis berjalan lancar.