[ Terkini ] Bajet 2014 - dijangka akan mengurangkan subsidi ?

Belanjawan yang akan dibentangkan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada petang ini.

Satu kajian mengenai apa yang rakyat Malaysia mahukan dalam Bajet 2014 menunjukkan bahawa terlalu banyak "pemberian" diberikan ,Jadi, kerajaan dijangka akan memastikan bahawa hanya layak mendapat BR1M dan mengkaji semula pemberian.

Janji kerajaan dilihat akan ditunaikan, tetapi kerajaan dijangka akan menjanjikan kebaikan dalam tempoh mandat dan bukannya dalam tempoh setahun , Bajet kali ini juga dilihat akan mengumumkan mengenai GST, tetapi tetapi Cukai Barangan dan Perkhidmatan itu dijangka hanya akan dilaksanakan pada tahun 2015.

Bajet ini mungkin akan melihat kepada kawalan harga rumah dengan memperbanyakkan rumah mampu milik untuk golongan miskin dan kelas menengah , kelas menengah, yang telah mengadu diabaikan dalam belanjawan lalu, dijangka mendapat "sesuatu" kali ini.

Bidang pelancongan dijangka akan mendapat sesuatu menjelang Tahun Melawat Malaysia 2014 dan ramai juga meminta rebat cukai bagi rakyat Malaysia yang bercuti dalam negara.

Sama-sama kita tunggu pembentangan dari  Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2014 sebelah petang nanti semoga rakyat mendapat banyak menafaat . Boleh tengok Live di Sini .


1 ulasan:

apa pun kita tunggu pembentangannya nanti... ha... tekan churp nuff satu kat sini...

Reply