[ Terkini ] Azab 54 wanita dipaksa jadi hamba seks berakhir !

KLANG - Penderitaan 51 wanita warga asing dan tiga warga tempatan yang dijadikan hamba seks berakhir apabila mereka diselamatkan polis dalam serbuan di tiga buah hotel di sekitar daerah ini semalam.
Warga asing yang diselamatkan dalam operasi selama tiga jam bermula pukul 12 tengah malam itu terdiri daripada 42 warga Indonesia, lapan Vietnam dan seorang dari China.
Kesemua mangsa yang berusia 20 hingga 36 tahun itu dipaksa bekerja di tiga buah premis spa kecantikan yang beroperasi di dalam hotel tiga bintang.

pemeriksaan mendapati tiga permis mempunyai lesen untuk menjalankan pernigaan Spa dan Urutan , namun di salah guna pihak tertentu untuk mengaut keuntungan .

Kesemua wanita itu termasuk warga tempatan dikurung di dalam bilik sempit hotel berkenaan dan di bawa keluar sekiranya ada tempahan dari pelanggan .

Kes ini di siasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007. Sumber