[ Terkini ] Akibat ugut bunuh ibu, lelaki dijel enam bulan dan denda RM5,000 !

Seorang lelaki yang tergamak mengugut bunuh ibunya sendiri menggunakan sebilah parang dihukum penjara enam bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas tuduhan tersebut.
Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman tersebut setelah tertuduh yang mempunyai dua orang isteri, Mohd. Al-Fattah Mat, 29, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.
Nik Habri turut menetapkan kegagalan membayar denda berkenaan boleh menyebabkan penganggur itu dihukum penjara lagi enam bulan.
Mohd. Al-Fattah didakwa mengugut bunuh ibunya, Sa bariah Jusof, 57, dengan sebilah parang di rumah mangsa di Wakaf Mek Zainab, di sini, pada pukul 9 malam, 13 Ogos lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga tujuh tahun penjara atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan