[ Terkini ] Adik ipar Ustaz Dr Ridhuan Tee maut jatuh kondo , Al-fatihan !

Adik ipar  kepada penceramah terkenal Ustaz Ridhuan Tee Abdullah maut akibat jatuh dari kodominium awal pagi semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kematian mengejut adik iparnya Wahida Nur Akhbar, 39, yang terjatuh dari tingkat 10 kondominium miliknya di Bandar Baru Ampang, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6.40 pagi terbabit, mangsa ditemui telentang di tingkat tiga berhampiran kolam renang dengan kesan kecederaan di kepala.

Kejadian disedari isterinya sebaik selesai solat Subuh dan mendengar dentuman kuat sebelum dia menjenguk ke balkoni mendapati mangsa terjatuh.

Difahamkan, mangsa anak bongsu daripada 10 beradik itu menetap di Puchong, dekat sini dan mempunyai empat anak berusia antara 13 dan 20 tahun di bawah jagaan bekas suaminya

Dr Mohd Ridzuan Tee ketika ditemui di Bilik Mayat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anaknya selepas solat Subuh di Masjid Kampung Melayu Ampang, di sini.

Jenazah mangsa dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Taman Bukit Teratai, salam takziah untuk keluarga arwah. Al-fatihah .