[ Terkini ] 75,000 tiket Final Piala Malaysia 2013 mulai di jual rabu ini !

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyediakan 75,000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 antara Kelantan dan Pahang yang mula dijual kepada orang ramai rabu ini , harga tiket telah ditetapkan pada RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Afandi Hamzah berkata, badan induk itu memperuntukkan masing-masing 30,000 tiket kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan 30,000 lagi untuk Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP).
Katanya, baki 15,000 tiket akan dijual di kaunter Pintu A dan C di Stadium Shah Alam mulai 9 pagi rabu ini . "Orang ramai boleh membeli tiket di negeri masing-masing mulai tarikh dan masa  yang sama " katanya

Datuk Afandi memberi tahu pemberita selepas mesyuarat pengelola final Piala Malaysia 2013 di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.