[ Terkini ] 3 Jemaah Haji baru pulang maut dalam kemalangan di LPT !

KUANTAN: Tiga jemaah yang baru pulang menunaikan haji di Mekah maut selepas van dinaiki merempuh belakang lori membawa muatan bijih besi di Kilometer 210.2 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah ke Kuantan jam 3.40 pagi tadi.
Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kuantan.
Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian adalah Kamarudin Ab Rahman, 43, dari Permatang Badak Maju; Zainab Awang Hassan,59, dari Kampung Seri Teruntum dan Fatimah Said, 63, dari Kampung Rozali Jalan Gambang. 

Dua lagi penumpang mengalami kecederaan termasuk pemandu van dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Al-fatihah , Salam Takziah untuk keluarga mangsa .