[ Terkini ] 3 Gambar Penonton Sarawak bersesak dan pengsan beli tiket bola !



Kemeriahan Sukan Bolasepak di Sarawak makin bertambah ribuan peminat pasukan Bujang Senang  beratur seawal pagi lagi untuk dapatkan tiket mereka bagi menyaksikan Separuh Akhir kedua Piala Malaysia antara tuan rumah Sarawak dan Pahang di mana pada separuh Akhir Pertama Sarawak tewas 1-3 kepada Pahang .

Dalam pada peminat setia sanggup bersesak-sesak dan beratur panjang untuk dapatkan tiket bagi saksikan perlawanan tersebut sekurangnya lapan orang pengsan apabila keadaan di kaunter jualan tiket di Stadium Negeri, Petra Jaya, di sini bertambah kecoh berikutan orang ramai yang berasak-asak untuk mendapatkan tiket tersebut.
Dianggarkan 15,000 penyokong Sarawak membanjiri perkarangan stadium seawal jam 6 pagi untuk membeli tiket, sebanyak tiga kaunter tiket dibuka menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang,difahamkan timbul ketidakpuasan hati di kalangan orang ramai apabila mereka dikehendaki menunjukkan kad pengenalan dalam usaha Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menghadkan lima tiket kepada seorang pembeli.


3 ulasan

Mak aih!Bersungguh orang kita nak tengok bola!

Reply

bersungguh....jangan sampai berlaku kemalangan.

Reply

Dahsyat!! Nasib baik tak ikut sama. Tgk dari rmh je laa. Haha.

Reply