[ Terkini ] 2 Gambar Diana Amir di Majlis akad nikah nya !


Dengan sekali lafaz, Diana Amir, 27, sah menjadi milik pensyarah sains politik, Mohd Habib Bullah A Rahman, 26, pada majlis akad nikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, malam ini. 
Pasangan itu dinikahkan Imam Besar Masjid Tuanku Mizan, Hazaruddin Baharuddin dengan berwalikan ayah Diana, Amir Hashim Mohd Kassim.

Diana yang juga artis naungan MIG Talents, tidak membawa dulang hantaran. Sebaliknya, rombongan pengantin perempuan hanya membawa senaskah al-Quran, cincin dan mas kahwin sebanyak RM1,000. 

Mengenakan persalinan berwarna merah jambu, Diana atau nama sebenarnya, Nurdiyana Amir Hashim meluahkan rasa syukur dipertemukan jodoh dengan lelaki yang boleh membimbingnya menjadi isteri solehah, Selamat Pengantin Baru Diana dan Habib .