[ Sukan ] Daudsu kecewa tidak dapat beraksi , harap Kelantan ke Final !

Daudsu, 28, mengaku kecewa apabila hanya mampu melihat rakan sepasukan berjuang di padang,menurutnya, kecederaan dialami memerlukan masa sekurang-kurangnya dua bulan untuk pulih sepenuhnya dan hasrat beraksi di final sudah berkubur.

Siapa yang tidak kecewa apabila tidak dapat membantu pasukan ketika hanya selangkah untuk ke final. Jika berjaya ke final, saya kini tidak dapat beraksi kerana masih dibelenggu kecederaan " .
Tiada apa yang dapat saya lakukan kecuali berdoa supaya Kelantan mampu melangkah ke final dan saya yakin rakan sepasukan mampu menewaskan ATM,” katanya. 

Daudsu mengingatkan rakan sepasukan supaya membina benteng kukuh bagi mengekang asakan The Gladiators kerana tidak mahu pelawat mendapat jaringan di stadium keramat TRW.



2 ulasan

Berdoa untuk pasukan kelantan.

Reply

moga beliau cepat sembuh.. dan Gud luck untuk pasukan klate.

Reply