Selayang - no problem !

Jika sebelum ini Stadium Shah Alam akan dijadikan Venue perlawanan separuh Akhir Piala Malaysia antara ATM dan Kelantan , memandang kan Shah Alam mempunyai kapasiti 80000. 
Namun kini Venue terpaksa di tukar semula ke Selayang atas permintaan jurulatih , pemain dan pihak pengurusan pasukan bolasepak ATM.
Pengurusi Jawatankuasa Tertandingan Tempatan  Persatuan Bolasepak Malaysia Datuk Afendi Hamzah berkata pertukaran dari Stadium Shah Alam ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang atas rayuan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain selaku Pengerusi Bolasepak ATM.
Pihak tuan rumah memberi komitmen untuk pastikan kelancaran perjalanan perlawanan dan menungkatkan tahap keselamatan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang , yang hanya mempunyai kapasiti 16000 penonton sahaja berbanding Stadium Shah Alam dengan 80000 penonton.
Namun bagi kem The Red Warriors perlawanan dimana-mana pun tiada masalah " Selayang No Problem " pahlawan merah akan setiasa bersedia untuk pastikan misi mereka ke Final untuk tahun kedua berturut-turut.
Perlawanan ATM dan Kelantan akan disiarkan secara langsung di astro Arena 801 pada 18 okt 2013 , sepak mula 08.45 malam , bagi mereka -mereka yang tidak dapat ke stadium atau pun tidak dapat tiket.