Sekretariat Bebas Muflis bantu mereka yang muflis !

Mereka yang muflis akibat menjadi penjamin sosial, masalah teknikal dan tertipu mendapat jaminan lisan daripada menteri berkaitan bahawa masalah mereka akan diselesaikan.

Pengerusi Sekretariat Bebas Muflis, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, jaminan lisan itu diperoleh ketika sekretariat mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Ketua Pengarah Insolvensi, Rohana Abd. Malek baru-baru ini.


"Pada pertemuan itu, kami sebagai pertubuhan badan bukan kerajaan(NGO) telah diberi jaminan lisan oleh menteri bahawa masalah muflis dalam kalangan penjamin sosial ini akan diselesaikan dengan cara terbaik.

"Malah menteri juga bersetuju untuk menerima penubuhan kami di mana perlunya sebuah entiti lain seperti Sekretariat Bebas Muflis untuk menjadi pemudah cara dan memberikan pemahaman antara golongan muflis dan juga jabatan," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada pelancaran Sekretariat Bebas Muflis yang diadakan di sini