Sandwich cacing dalam pesawat Air India !


Seorang penumpang terkejut apabila mendapati sandwic dihidangkan pesawat Air India mengandungi cacing.

Ketika kejadian penumpang tersebut dalam penerbangan dari New York ke New Delhi , apabila sampai di Delhi pada 28 Sept lalu penumpang tersebut terus membuat aduan.

“Kami kecewa apabila aduan tidak dilayan sejak dua minggu lalu,apabila di tanya pihak pengurusan telah ambil tindakan kepada Ketering terbabit , itu lah jawapan ” katanya .

Namun bagi pihak Air India mereka mengamalkan prosedur yang ketat dalam memilih ketering bagi meyediakan makanan yang sangat bersih kata  jurucakap syarikat penerbangan Prasad Rao.


Pihaknya masih melakukan siasatan berhubung kejadian itu dan memandang serius dengan apa yang berlaku .