Rosyam Nor , Ong Kim Swee , Ramli Sarip bergelar Datuk !

Rosyam Noor
Pelakon dan pengarah popular Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohd Noor Shamsuddin 46' tahun bakal menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk , sempena Hari Keputraan Yang di pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob pada 12 Okt 2013.

Mengikut Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Naim Abu Bakar , Rosyam bersama jurulatih Bolasepak Harimau Muda Ong Kim Swee 43'  akan menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) , manakala Papa Rock Ramli Sarip 61' menerima anugerah DMSM Kehormat , yang membawa gelaran Datuk untuk mereka bertiga.

Ong Kim Swee
Ramli Sarip 
Seramai 901 penerima Darjah , Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka yang akan berlangsung di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh Melaka.


1 ulasan:

tahniah diucapkan buat mereka...

Reply