Petronas penaja The Red Warriors 2014 !

Dikala peminat heboh memperkatakan  khabar angin tentang perpindahan pemain -pemain untuk musim 2014 , tak terkecuali juga khabar angin tentang penaja-penaja yang akan menjadi penaja rasmi setiap pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia 2014 .

Kelantan salah satu pasukan yang mencari penaja awal untuk musim 2014 , mengikut Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa , penaja - penaja untuk musim 2014 telah The Red Warriors perolehai cuma menunggu masa sahaja untuk umum kan penaja-penaja rasmi TRW untuk musim 2014.

Salah satu khabar angin yang tersebar , Syarikat yang akan menaja TRW 2014 adalah syarikat Minyak Nasional iaitu PETRONAS , sejauh mana kebenaran tidak dapat di pastikan .

Namun sticker-sticker Pasukan TRW dengan Logo Petronas di khabarkan telah di edarkan kepada mereka-mereka yang mengisi minyak akan mendapat sticker kereta Petronas Primax dengan gambar Pemain-pemain Bolasepak The Red Warriors .


Jika betul apa yang di khabarkan ini adalah petanda baik untuk Pasukan Bolasepak di Malaysia , kerana Petronas sebelum ini banyak menaja dalam bidang permotoran negara seperti Formula One dan Moto GP,tidak dalam arena sukan seperti Bolasepak , ini mungkin satu pembaharuan untuk PETRONAS .